Penjual
Log masuk dan buka Sokongan, kemudian pilih Hubungi Prog.
Log masukBantuan
Jawapan ringkas untuk penjual dan pembeli.
Akaun Prog (percuma) dan sekurang-kurangnya satu produk. Untuk menerima bayaran FPX, anda perlukan akaun CHIP sendiri, yang memerlukan pendaftaran SSM dan kelulusan CHIP (biasanya 1 hingga 3 hari bekerja). Sementara menunggu, anda boleh menerima pindahan bank manual.
Produk digital sahaja: ebook, templat Canva dan Notion, planner, nota, preset, kelas rakaman dan seumpamanya, sama ada sebagai fail untuk dimuat turun atau pautan akses. Prog tidak menyokong barangan fizikal. Bahan cetak rompak, kandungan tanpa hak jualan dan skim cepat kaya tidak dibenarkan.
Prog dibina untuk Malaysia. Harga dalam Ringgit dan bayaran melalui FPX, jadi pembeli perlukan akaun bank Malaysia.
0% bagi setiap jualan, pada kedua-dua pelan. Pada masa ini CHIP mengenakan RM 1.00 bagi setiap transaksi FPX, dan itu caj CHIP, bukan Prog. Prog hanya mengenakan bayaran untuk pelan PREMIUM.
Terus ke akaun CHIP anda sendiri, kemudian CHIP memindahkannya ke akaun bank anda keesokan harinya. Prog tidak memegang wang pembeli.
Boleh. Hidupkan Pindahan manual di Tetapan dan letak butiran bank atau kod QR DuitNow anda. Pembeli memuat naik resit bayaran, anda menyemak akaun bank dan mengesahkan pesanan, kemudian produk dihantar. Pilihan ini tersedia sehingga kedai anda bertukar ke mod langsung CHIP.
Anda menetapkan polisi bayaran balik kedai anda sendiri, dan ia dipaparkan kepada pembeli. Untuk pesanan FPX, tekan Bayar balik di halaman Pesanan: jumlah penuh dipulangkan melalui CHIP, akses pembeli ditarik balik, dan CHIP mengenakan yuran bayaran balik FPX kepada akaun anda. Sentiasa buat bayaran balik dari situ, jangan sekali-kali dari portal atau aplikasi CHIP: Prog tidak dapat melihat bayaran balik yang dibuat di CHIP, jadi pesanan itu kekal berstatus Dibayar dan pembeli masih mempunyai akses.
Sebaik sahaja bayaran disahkan, produk muncul di halaman terima kasih dan pautannya dihantar ke e-mel pembeli. Pembeli tidak perlu membuka akaun.
Setiap pembeli mendapat pautan peribadi dengan had muat turun (5 kali secara lalai), dan setiap halaman PDF dicap dengan e-mel pembeli serta nombor pesanan. Pada pelan PREMIUM anda boleh mengubah tetapan ini bagi setiap produk. Ini tidak menghalang perkongsian sepenuhnya, tetapi PDF yang dicap boleh dikesan kepada pembelinya.
Halaman kedai anda ada borang “Hantar semula pembelian saya”. Pembeli memasukkan e-mel dan pautan dihantar semula. Mereka juga boleh log masuk ke Pustaka dengan kod e-mel untuk melihat semua pembelian.
Setiap kedai baharu mendapat semua ciri PREMIUM selama 14 hari tanpa perlu memasukkan kad. Selepas itu kedai bertukar ke pelan FREE secara automatik, melainkan anda naik taraf.
3 produk diterbitkan, 5 jualan berbayar sebulan, storan 1 GB dan 1 kupon aktif. Apabila had jualan dicapai, produk berbayar ditutup sementara sehingga 1hb bulan berikutnya atau sehingga anda naik taraf. Produk percuma terus berfungsi.
Tiada apa yang dipadam. 3 produk yang paling baru dikemas kini kekal diterbitkan dan selebihnya menjadi draf (anda boleh memilih yang lain). Pembeli kekal mendapat akses kepada semua yang telah dibeli.
Dengan kad Visa atau Mastercard (diperbaharui automatik, boleh dibatalkan bila-bila masa) atau FPX (sekali bayar bagi setiap tempoh; kami e-mel pautan pembaharuan 7 hari sebelum tamat). Harganya RM59 sebulan atau RM590 setahun, iaitu dua bulan percuma.
Pengikut anda mendaftar di halaman affiliate kedai anda dan mendapat pautan serta kod sendiri. Prog merekod klik, jualan dan komisen. Selepas tempoh tahanan, komisen diluluskan dan masuk ke senarai bayaran.
Anda sendiri, kerana wang jualan masuk terus ke akaun anda. Prog menyediakan senarai bayaran dengan butiran bank; anda membayar melalui DuitNow atau pindahan bank dan menandakannya sebagai dibayar.
Tidak. Anda hanya perlukan nama dan e-mel. Jika mahu, log masuk ke Pustaka dengan kod e-mel untuk melihat semua pembelian anda di satu tempat.
Daripada penjual kedai itu, bukan daripada Prog. Nama perniagaan, e-mel dan polisi bayaran balik penjual dipaparkan di setiap halaman produk dan resit.
Hubungi penjual terus dari halaman pesanan anda melalui “Hubungi penjual”. Penjual menerima permintaan itu melalui e-mel dan boleh membalas kepada anda.
Setiap halaman produk ada pautan Laporkan. Prog menyemak setiap laporan dan boleh menyahterbit produk atau menggantung kedai.
Anda ialah pengguna data bagi data pembeli anda; Prog ialah pemproses data yang memprosesnya bagi pihak anda untuk menghantar produk dan menguruskan pesanan. Butiran penuh ada dalam Notis Privasi.
Boleh. Di halaman Akaun & privasi, setiap pengguna boleh memuat turun datanya atau memadam akaun. Rekod pesanan yang penjual perlukan untuk perakaunan tetap disimpan.
Log masuk dan buka Sokongan, kemudian pilih Hubungi Prog.
Log masukBuka pesanan anda daripada e-mel penghantaran dan pilih Hubungi penjual.
Untuk perkara lain, tulis kepada support@prog.my.
Percuma untuk bermula, dan setiap kedai baharu dapat 14 hari PREMIUM tanpa kad.
Mula jual percuma